Roy Kim

Kim Sang Woo (Hangul: 김상우; lahir 3 Julai 1993), [1] dikenali secara profesional sebagai Roy Kim (Hangul: 로이킴), adalah penyanyi-komposer dan penyampai radio Korea Selatan . Beliau memulakan karier nyanyiannya selepas memenangi acara bakat televisyen Superstar K 4 pada 2012. [2]Kim debut secara rasmi dengan album studio Love Love Love (2013), yang termasuk hit single "Bom Bom Bom." [3] Album ini merangkul anugerah untuk Kim untuk artis baru terbaik di Anugerah Mnet Asian Music ke-15 dan Anugerah Golden Disc 2014. [4] [5]Menyusul selepas album pertama adalah album studio kedua Kim berjudul Home (2014) dan The Great Dipper (2015), serta extended play, Blooming Season (2017). [6] [7] [8] Beliau juga menyumbang kepada runut bunyi untuk siri televisyen termasuk Reply 1994, Pinocchio, Another Miss Oh dan Guardian: The Lonely and Great God. [9] [10] Sehingga Mac 2019, Kim telah menjual lebih 12 juta muat turun digital di negara asalnya (lihat discography Roy Kim ).

Rujukan

WikiPedia: Roy Kim http://www.allkpop.com/article/2013/04/roy-kim-and... http://www.allkpop.com/article/2013/07/roy-kim-to-... http://www.allkpop.com/article/2014/05/junggigo-ro... http://www.allkpop.com/article/2014/09/roy-kim-to-... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/6... http://www.breaknews.com/sub_read.html?uid=266833&... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2016/06/... http://www.dailynews.com/lifestyle/20150727/kcon-c... http://bntnews.hankyung.com/apps/news?mode=sub_vie... http://tenasia.hankyung.com/archives/1208417